Memfailkan penyata tuntutan harta sepencarian di dalam borang yang ditetapkan.
Borang permohonan tersebut hendaklah mengandungi:
tarikh perkahwinan dan perceraian atau tarikh kematian salah satu pihak dalam tuntutan itu;
jenis harta yang dituntut sama ada harta alih atau tak alih; dan
setakat mana banyaknya sumbangan dalam pemilikan harta tersebut
Kemukakan bersama dengan permohonan tersebut :
salinan surat nikah;
salinan surat cerai;
salinan sijil kematian salah satu pihak dalam tuntutan itu (sekiranya berkaitan);
salinan sijil kelahiran anak/anak-anak;
dokumen-dokumen pembelian atau pemilikan harta/aset seperti tanah, rumah, kereta atausaham;
senarai saksi-saksi yang boleh menerangkan tentang bagaimana pemilikan
harta/aset itu sama ada berpunca dari hasil usaha si suami atau si isteri (sekiranya ada);dan
bukti tanggungan-tanggungan salah satu pihak seperti hutang piutang atau anak-anak dalam jagaan.
Mendapatkan tarikh sebutan kes daripada Pembantu Pendaftar/ Penolong Pendaftar/Pendaftar.
Menghadirkan diri pada tarikh sebutan kes.
Menghadirkan diri tanpa gagal perbicaraan kes (sekiranya ada).
No comments:
Post a Comment