KAJIAN TERHADAP PROSES PENTADBIRAN DAN PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL ORANG ISLAM DAN PUNCA KELEWATAN PEMBAHAGIANNYA Mohd.Suhail Bin Mohd Najid ABSTRAK Kajian ini membuat penelitian ringkas terhadap sistem harta pusaka orang-orang Islam di Malaysia yang mengkhususkan kepada undang-undang Pusaka Islam atau Faraid dalam proses atau prosedur dalam permohonan pembahagian harta pusaka kecil. Bagi mencapai tujuan ini, kaedah temubual dan rujukan perpustakaan telah digunakan. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa dalam menentukan pembahagian harta pusaka menurut sistem faraid adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun bidangkuasa ini terhad dan terbatas kerana melibatkan institusi-institusi lain dalam menyelesaikan sebarang permohonan pembahagian pusaka dan prosedur-prosedur tertentu perlu diikuti oleh ahli-ahli dalam membuat tuntutan. Kesimpulan diperolehi, system pentadbiran dan pembahagian pusaka orang Islam di negara ini telah dilaksanakan mengikut akta-akta dan peraturan-peraturan yang ditetapkan, ia juga menepati pembahagian pusaka yang dianjurkan dalam Islam. 1. PENDAHULUAN Harta Pusaka ialah segala harta yang bernilai di sisi syarak yang ditinggalkan oleh si mati yang dimiliki semasa hidupnya dan berterusan sehingga dia meninggal dunia[1]. Dalam istilah ilmu faraid, harta pusaka juga dikenali sebagai al-tarikah. Dari segi bahasa, al-tarikah bermaksud segala apa yang ditinggalkan atau dibiarkan oleh simati. Manakala definisi al-tarikah dari segi istilah syarak pula berlaku perselisihan fuqaha’ antara jumhur ulama’ dan mazhab hanafi dalam menentukan maknanya.[2] Jumhur ulama mendefinisikan al-tarikah ialah segala sesuatu yang ditinggalkan oleh simati termasuklah harta benda, hak-hak kebendaan dan hak-hak yang mempunyai unsur kebendaan ke atas hak-hak persendirian. Kesemuannya ini akan diwarisi sama ada oleh waris atau bukan waris.[3] Manakala mazhab Hanafi mendefinisikan al-tarikah ialah segala harta dan hak-hak kebendaan yang menjadi milik si mati. Harta termasuklah harta alih dan tak alih serta hutang-hutang yang belum dijelaskan oleh orang lain padanya. Islam telah menetapkan bahawa harta pusaka hendaklah dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum faraid. Walau bagaimanapun, Islam tidak menetapkan satu cara atau kaedah yang khusus bagaimana harta pusaka itu hendak diurus dan ditadbirkan. Dalam konteks di negara kita, pengurusan dan pentadbiran harta pusaka orang-orang Islam agak unik berbanding Negara-negara lain, bukan sahaja berpunca dari perbezaan agama, adat resam dan budaya hidup masyarakat majmuknya, malah ia turut dipengaruhi oleh faktor lain termasuk perundangan yang diguna pakai. Kelewatan memohon untuk menyelesaikan pembahagian harta pusaka setelah berlaku kematian pemilik harta (si mati) adalah satu fenomena biasa yang berlaku dalam masyarakat kita. Banyak kes-kes yang tidak diberi perhatian sewajarnya oleh para waris dan tidak diselesaikan segera walaupun kematian itu telah berlaku beberapa tahun. Ada kes-kes tertentu yang memakan masa puluhan tahun untuk diselesaikan, malah ada juga kes-kes kematian yang berlaku sebelum zaman pendudukan Jepun masih belum diselesaikan. Hal ini menunjukkan anggota masyarakat kita memandang remeh tentang penyelesaian dan pembahagian harta pusaka ini. Mereka seolah-olah tidak menyedari bahawa penangguhan dalam pembahagian itu sebenarnya mengundang risiko yang sangat besar dari segi hukum dan undang-undang. 2. KONSEP HARTA PUSAKA KECIL DAN PENTADBIRANYA 2.1. Definisi Harta Pusaka Kecil Harta pusaka kecil ialah harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati tanpa wasiat yang jumlah nilainya tidak lebih daripada RM600 000.00 yang terdiri daripada harta tak alih[4] semuanya atau campuran antara harta tak alih dan harta alih[5] pada tarikh permohonan dibuat[6]. Definisi ini dapat dilihat dalam Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dalam subseksyen 3(2).[7] Maka harta pusaka kecil ialah harta yang mempunyai ciri-ciri berikut: i. Simati tidak meninggalkan wasiat (di bawah Akta Wasiat 1959) ii. Harta itu terdiri daripada: Harta tak alih (tanah) dan lain-lain harta alih jika ada seperti wang simpanan, KWSP, ASB, saham dan sebagainya iii. Jumlah nilai kesemua harta itu tidak melebihi RM 600,000. iv. Jika harta ia hanya melibatkan harta alih sahaja dan nilaianya tidak lebih dari RM 600 000.00 serta tidak berwasiat atau tidak adalah tidak dikira sebagai harta pusaka kecil kerana ia hanya boleh ditadbir di bawah seksyen 17(1) Akta Perbananan Amanah Raya 1995. Sekiranya harta tersebut bernilai lebih daripada RM 600,000.00 atau tidak mengandungi harta tak alih atau mempunyai wasiat, maka ia bukanlah pusaka kecil dan hendaklah diselesaikan oleh Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi. 2.2. Pentadbiran Harta Pusaka Di Malaysia Terdapat 3 undang-undang yang menetapkan cara dan peraturan pentadbiran harta pusaka di Malaysia: · Akta Probate dan Pentadbiran 1959 (Akta No. 97) · Akta (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil 1955 (Akta No. 98) · Akta Perbadanan Amanah Raya Berhad 1995 (Akta No. 532) Berdasarkan undang-undang tersebut, agihan bidangkuasa pembahagian pusaka dikendalikan oleh 3 agensi: Amanah Raya Berhad (pusaka ringkas)[8] Mengendalikan harta simati yang hanya meninggalkan harta alih sahaja dan nilainya tidak melebihi RM 600,000. harta-harta yang mana tiada penuntut atau waris juga akan ditadbir oleh Amanah Raya Bhd.[9] Contohnya: wang simpanan di bank, BSN, ASB, Tabung Haji, kereta, motosikal, saham, dividen dan sebagainya. Pejabat Tanah / Unit Pembahagian Pusaka (pusaka kecil)[10] Mengendalikan harta simati yang meninggalkan harta tak alih (tanah) sahaja atau harta tanah beserta dengan harta alih seperti duit simpanan di bank dan sebagainya dan nilainya tidak melebihi RM 600,000.[11] Contohnya: simati meninggalkan 2 bidang tanah sahaja atau meninggalkan 2 bidang tanah dan duit simpanan di Tabung Haji. Mahkamah Tinggi (pusaka besar)[12] Mengendalikan harta simati yang meninggalkan sama ada harta tak alih (tanah) atau harta alih yang nilainya melebihi RM 600,000 atau harta berwasiat (bagi bukan Islam) walaupun nilainya kurang daripada RM 600,000 Bagi maksud kertas kerja ini, penerangan adalah ditumpukan kepada pembahagian pusaka mengikut Akta Pembahagian Pusaka Kecil, 1955 2.3. Prosedur Membuat Permohonan Berikut adalah cara-cara membuat permohonan ini: · Setiap permohonan untuk pembahagian harta pusaka kecil hendaklah dibuat dalam borang khas iaitu Borang A. [13] · Permohonan mestilah disertakan dengan: Bukti kematian: Sijil kematian / permit menguburkan atau Surat sumpah oleh 2 orang saksi bebas yang menyaksikan jenazah dikebumikan (bagi kematian semasa pendudukan Jepun/ sebelumnya); atau Perintah Anggapan Kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi bagi kematian tanpa kubur atau orang hilang. Salinan photostat kad pengenalan / sijil kelahiran semua waris. Salinan hak milik atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati. Salinan dokumen harta-harta alih, seperti salinan sijil saham, salinan buku simpanan, salinan penyata KWSP dan sebagainya (jika ada). 2.4. Siapakah Yang Layak Memohon[14] Seksyen 8 (1) Akta Pembahagian Pusaka Kecil memperuntukkan pihak-pihak yang boleh membuat permohonan, iaitu: i. Salah seorang daripada waris-waris simati yang berhak menerima pusaka seperti suami, isteri, anak lelaki, anak perempuan, ibu, bapa dan sebagainya termasuk Majlis Agama Islam (Baitulmal). ii.Pemberi hutang (creditor) termasuk pemegang gadaian /pemegang pajakan dan pengkaveat. iii. Pembeli (pembelian melalui surat perjanjian yang sah dengan simati) iv. Amanah Raya Berhad v. Penghulu / Pegawai Petempatan 2.5. Perbicaraan[15] Semua waris dan mana-mana orang yang berkepentingan atas harta pusaka itu bertanggungjawab untuk hadir di dalam perbicaran tersebut Sekiranya ada di antara waris yang tidak dapat hadir, pastikan waris yang tidak hadir itu menandatangani surat persetujuan yang menyatakan cara pembahagian yang dikehendakki. Ini bagi mengelakkan kes tersebut tertangguh atau tidak dapat diselesaikan. 2.6. Surat Tadbir Pusaka Selepas perbicaraan di hadapan Pegawai Pentadbir Pusaka atau Pegawai Tanah selesai, surat tadbir pusaka dikeluarkan. Surat ini membolehkan segala proses penurunan hak milik dilakukan. Tanpa surat ini segala urusan berkaitan penurunan hak milik tidak akan dapat dilakukan.[16] 2.7. Pembahagian Bagi orang Islam, pembahagian pusaka dapat dilakukan selepas surat mentadbir harta pusaka dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan pembahagian ini tidak semestinya mengikut kadar yang ditentukan mengikut sistem faraid Islam. Namun ia juga boleh dibahagikan dengan pelbagai cara sekiranya mendapat persetujuan kesemua ahli waris, antaranya ialah:- Pembahagian sama rata / sama banyak Takharuj dengan balasan Takharuj tanpa balasan Pembahagian mengikut pakatan / persetujuan 3. MASALAH KELEWATAN PEMBAHAGIAN 3.1. Sebab Mengapa Pembahagian Pusaka Tidak Disegerakan[17] Berdasarkan pengalaman dan kajian yang telah dijalankan di kalangan waris-waris, di antara faktor-faktor yang menyebabkan pembahagian pusaka tidak disegerakan ialah: i. Salah Tanggapan Sebahagian dari masyarakat beranggapan bahawa adalah tidak wajar membahagikan harta pusaka terlalu awal, kononnya “tanah kubur masih merah”. Jika terdapat salah seorang waris yang menyarankan agar pembahagian dan penyelesaian harta itu dibuat dengan segera, biasanya dia akan dipandang serong oleh waris-waris yang lain, dituduh sebagai tidak beradab, tidak menghormati simati dan sebagainya. Untuk mengelakkan perkara ini, akhirnya semua waris mengambil sikap berdiam diri dan menanti-nanti bilakah perkara itu akan diselesaikan dan siapakah yang patut memulakannya. Anak sulung yang selalunya menjadi tumpuan hanya berdiam diri. Penantian ini kadangkala memakan masa yang lama sehingga bertahun-tahun. Ini adalah satu tanggapan yang salah dan bertentangan dengan syarak kerana pembahagian pusaka perlu disegerakan supaya dapat ditentukan hak waris-waris.[18] ii. Terlalu Bersopan Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat bersopan santun yang tinggi nilainya. Mereka amat berhati-hati agar tidak dikatakan orang sesuatu yang tidak baik terhadap mereka. Dalam kes penyelesaian harta pusaka ini umpamanya, masing-masing takut untuk bersuara, bertanyakan tentang harta pusaka nanti akan dituduh berkehendakkan harta, tamakkan harta. Justeru itu masing-masing membiarkan harta pusaka tersebut sehingga sekian lama tanpa menyelesaikannya. Dengan bersifat demikian, mereka telah mengabaikan tanggungjawab mereka untuk membahagikan pusaka, sekaligus mereka juga telah mengabaikan tuntutan agama supaya menyegerakan pembahagian pusaka. Dengan ini bermakna mereka telah mengenepikan agama semata-mata kerana adat bersopan santun yang bukan pada tempatnya.[19] iii. Tiada Pengetahuan dan Maklumat Kekurangan pengetahuan dan maklumat ini boleh ditafsirkan kepada dua maksud. Pertama, waris-waris tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang proses pembahagian harta pusaka sama ada dari segi hukum atau undang-undang. Mereka tidak tahu apakah yang harus mereka lakukan, kemana dan kepada siapa harus dikemukakan perkara tersebut. Kedua, mereka tidak tahu tentang risiko dan implikasi dari tindakan mereka menangguh-nangguhkan pembahagian harta pusaka. Mereka menganggap tidak ada apa-apa kesan dari segi hukum mahupun undang-undang. Akibatnya, pusaka itu dibiarkan begitu sahaja tanpa disegerakan penyelesaiannya.[20] iv. Sikap Tidak Apa / Tidak Prihatin Sebahagian daripada masyarakat pula menganggap bahawa tugas menyelesai harta pusaka ini merupakan satu tugas yang remeh temeh. Mereka mengambil sikap endah tak endah (adamant attitude) dan menganggap bahawa menangguhkan penyelesaian harta pusaka ini tidak mendatangkan sebarang kesan, baik dari segi hukum atau undang-undang. Mereka tidak prihatin terhadap tuntutan agama yang menuntut mereka agar menyegerakan pembahagian pusaka.[21] Sebab itulah kadangkala harta pusaka itu dibiarkan sehingga begitu lama tidak diselesaikan. Mereka hanya mahu menyelesaikannya apabila sesuatu yang menguntungkan bakal menemui mereka, misalnya apabila harta tersebut hendak dijual, digadai atau diambil balik oleh kerajaan dan mendapat wang pampasan. Selalunya keadaan demikian berlaku keatas hartanah. Mereka tidak mempunyai rasa tanggung jawab untuk menyelesaikannya, kerana tanah tidak ke mana. Selagi tidak terdesak selagi itulah tanah tersebut dibiarkan. Ada di antara mereka yang tinggal di luar daerah atau negeri enggan untuk pulang menyelesaikan pusaka dengan alasan tidak ada masa, tidak memadai kerana harta sedikit dan berbagai alasan lagi. Sedangkan apabila dibuat kenduri kahwin misalnya mereka boleh pulang meraikannya.[22] v. Pertelingkahan Di Kalangan Waris-waris Pertelingkahan sesama waris juga merupakan salah satu sebab mengapa harta pusaka dibiarkan dan tidak diselesaikan dengan segera. Pertelingkahan mungkin wujud sebelum berlaku kematian dan berlarutan. Apabila berlaku kematian, waris-waris yang bertelingkah itu tidak dapat bersua muka di antara satu sama lain apatah lagi bertanya khabar tentang harta pusaka atau berbincang mengenainya. Pertelingkahan mungkin juga wujud selepas kematian. Mungkin ada di antara waris-waris yang tidak puas hati di dalam sesuatu perkara semasa pengurusan jenazah misalnya atau ada yang sengaja untuk cuba menguasai atau membolot harta-harta simati untuk kepentingan dirinya sendiri. Ini berlaku akibat dari rasa tamak dan haloba dan kadangkala sayangkan harta itu supaya tidak jatuh ke tangan orang lain. Akibatnya harta pusaka tidak dibahagi dan dibiarkan.[23] vi. Tidak Puas Hati Dengan Sikap Si mati Ini salah satu sebab yang juga menyumbang kepada kelewatan penyelesaian harta pusaka tetapi kurang diberikan perhatian. Ada kes yang berlaku, di mana waris-waris tidak puas hati dengan sikap si mati semasa hayatnya yang tidak berlaku adil terhadap anak-anaknya. Ada anak yang diberi layanan dan perhatian baik dan ada yang sebaliknya. Ada juga anak yang telah diberi hibah[24] (pemberian semasa hidup) dan ada yang tidak diberi, atau diberi tetapi secara tidak adil, dan berbagai perkara lagi. Hal-hal seumpama ini juga akan menyebabkan sebahagian waris merasa jauh hati dan tidak memberikan perhatian yang sewajarnya kepada penyelesaian harta pusaka itu.[25] vii. Tidak Mahu Harta Berpindah Kepada Orang Lain Mengikut satu kajian yang dilakukan oleh seorang Pegawai Pembahagian Pusaka yang membuat ijazah sarjana mendapati, 81% daripada waris-waris yang disoal siasat mempunyai hubungan yang baik dengan waris yang lain, dan tidak mempunyai apa-apa masalah yang boleh mengakibatkan berlakunya kelewatan permohonan untuk menuntut pusaka, tetapi apabila disoal siasat beliau mendapati sikap pemohon itu sendiri yang menyebabkan berlakunya kelewatan di mana ada di kalangan mereka yang tidak mahu menyusahkan diri, berasa selesa dengan keadaan semasa. Mereka ini adalah di kalangan orang yang mendudukki tanah pusaka atas nama si mati. Mereka menjadi berat hati dan takut untuk memohon pusaka kerana takut tanah yang didudukki mereka akan dituntut oleh waris-waris lain. Oleh yang demikian untuk mengelakkan wujudnya hubungan tidak mesra di antara waris, maka lebih elok tanah tersebut kekal dengan nama si mati.[26] vii. Menaruh Harapan Kepada Anak Sulung Kajian juga mendapati seramai 55% daripada waris yang disoal mengakui dan bersetuju bahawa mereka mengharapkan waris yang tertua (anak sulung) yang akan membuat tuntutan harta pusaka. Waris lain hanya tunggu dan lihat. Oleh kerana anak sulung tidak mengambil apa-apa tindakan, berlakulah kelewatan dalam permohonan pusaka.[27] 4. IMPLIKASI DARI KELEWATAN PENYELESAIAN Kelewatan penyelesaian pembahagian harta puisaka ini sebenarnya mengundang banyak masalah dan implikasinya sama ada dari segi hukum mahu pun undang-undang. Implikasi dari segi hukum.:- 1. Terdedah kepada perlanggaran hukum a. Termakan harta secara batil b. Termakan harta anak yatim 2. Tidak menunaikan hak-hak simati a. Hutang simati tidak dijelaskan dengan segera b. Wasiat tidak dilaksanakan dengan segera 3. Bilangan waris makin bertambah ramai akibat kematian berlapis 4. Pembahagian yang salah akibat lupa keterangan sebenar Implikasi dari segi undang-undang, ekonomi dan sosial:- 1. Harta terbiar dan tidak terurus 2. Urusniaga hartanah tidak dapat dijalankan 3. Wang pampasan pengambilan balik tanah tidak dapat dibayar kepada waris-waris 4. Berbangkit isu pemilikan beramai-ramai keatas hartanah 5. Kehilangan dokumen penting seperti surat mati, surat perjanjian dan sebagainya 6. Menyulitkan proses perbicaraan pembahagian pusaka. 7. Tanggungjawab waris Menyelesaikan Pembahagian Harta Pusaka. Semua waris adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan harta pusaka dengan secepat mungkin. Bukan sekadar membuat permohonan untuk membahagikan harta pusaka di Pejabat Pembahagian Pusaka, tetapi mempunyai tanggungjawab bersama untuk menyelesaikan pembahagian dengan sebaik mungkin, iaitu dengan cara: 1. Membuat permohonan untuk membahagikan harta pusaka secepat mungkin. 2. Mengadakan perbincangan terutamanya berkaitan cara pembahgian yang akan dipersetujui. 3. Bertolak ansur / prihatin / bertimbang rasa dan hidupkan semangat kekeluargaan. 4. Menghadiri perbicaraan. Jika tidak dapat hadir, boleh tanda tangan surat persetujuan. 5. Mengambil tahu semua harta pusaka dan apa-apa yang berkaitan dengannya, seperti hutang, wasiat dan sebagainya 6. Bekerjasama demi untuk menyelesaikan harta pusaka ini dengan sebaik mungkin. 5. KESIMPULAN DAN PENUTUP. Prosedur pembahagian harta pusaka kecil sebenarnya ringkas dan murah, dengan hanya mengisi borang A dan jumlah bayaran serendah RM 22.00. Namun begitu masih ramai di kalangan waris-waris yang belum menyelesaikan harta pusaka. Waris-waris seharusnya bersama bertanggungjawab menyelesaikan pusaka sebaik mungkin demi menjamin kesejahteraan institusi keluarga dan kesinambungan keturunan pemilik harta. Untuk menyemarakkan lagi semangat waris-waris kearah penyelesaian pusaka, penghulu perlu memainkan peranan. Sebenarnya penyelesaian harta pusaka adalah tanggungjawab semua waris-waris. Walaubagaimanapun waris-waris perlulah memilih salah seorang di antara mereka sebagai ketua yang akan bertanggungjawab menguruskan hal-hal berkaitan dengan penyelesaian dan pembahagian harta pusaka diperingkat keluarga dan juga pejabat. Ketua yang dipilih sebaik-baiknya diutamakan anak sulung sebagai pengganti orang tua. Tetapi sekiranya anak sulung tidak berupaya kerana uzur, tinggal jauh, tiada kemampuan dan sebagainya, tugas sebagai ketua bolehlah dipindahkan kepada sesiapa sahaja di kalangan waris-waris yang mempunyai kemampuan untuk menguruskannya tanpa mengira status sama ada lelaki atau perempuan, bahkan isteri, ibu atau bapa juga boleh menguruskan penyelesaian pembahagian pusaka ini.Adalah diharapkan kertas kerja ini akan dapat merumuskan satu jalan penyelesaian yang berkesan keatas kelewatan permohonan pembahagian harta pusaka, dengan hasrat dapat melahirkan waris-waris yang bertanggungjawab dan prihatin di dalam urusan pembahagian pusaka. Sekian terima kasih. RUJUKAN Akta Pentadbiran Pusaka Kecil ( Pembahagian) 1955. Akta Perbadanan Amanah Raya 1995. Manual Procedure Duty, Section Distribution Estate, Ministry of Land and Cooperative Development, by Director General of Lands and Mines Department. Mac 1992. n.a. 1998. “ Buku Panduan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil” Bahagian Pembahagian Pusaka, Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian. Sinha & Dheeraj, 1996, Legal Dictionary. Kuala Lumpur: Malaysia International Law Book Services. Siti Mashitoh Mahamood, 2006, Kertas Kerja: Bidangkuasa Pentadbiran Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia: Perspektif Perundanga Syariah dan Sivil. Dianjurkan oleh UKM, Bertempat di KIPSAS, 8&9 Ogos 2006. Mohd Zamro Muda dan Mohd Ridzuan Awang, 2006, Undang-undang Pusaka Islam Pelaksanaan di Malaysia. Bangi: Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Radhiudin bin Hj. Said. Pegawai Pentadbir Pusaka ‘Pentadbiran Pusaka Kecil Isu Dan Masalah’ (Temubual) 20 Julai 2007. [1] Sinha & Dheeraj, 1996, Legal Dictionary. Kuala Lumpur:. Malaysia. International Law Book Services. m. 101 [2] Mohd Zamro Muda dan Mohd Ridzuan Awang, 2006, Undang-undang Pusaka Islam Pelaksanaan di Malaysia, Bangi: Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. m. 2. [3] Menurut pendapat ini juga, hak-hak yang boleh diwarisi termasuklah hak lalulintas atau hak minuman, hak manfaat ke atas barang yang disewa atau dipinjam, hak-hak khiyar seperti khiyar syarat. Begitu juga termasuk harta peninggalan si mati seperti arak yang telah menjadi cuka setelah kematiannya, diyat yang diambil dari pembunuhannya dan apa-apa yang tersangkut pada pukatnya yang telah dipasang pada masa hidupnya. [4] Harta tak alih ialah harta yang tidak boleh dialih atau dipindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain seperti tanah, rumah di atas tanah, termasuk flat, apartment, kondominium, rumah murah dan sebagainya. [5] Harta alih ialah harta yang boleh dialih atau dipindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, termasuk wang tunai, saham, KWSP, kenderaan, akaun, senjata api dan sebagainya. [6] Supra. Nota..3. m. 195. [7] “Sesuatu harta pusaka kecil ertinya suatu harta pusaka seseorang si mati yang mengandungi keseluruhan atau sebahagiannya harta tak alih yang terletak dalam mana-mana negeri dan tidak melebihi enam ratus ribu ringgit dalam nilai total”. [8] Siti Mashitoh Mahamood, 2006, Kertas Kerja: Bidangkuasa Pentadbiran Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia:Perspektif Perundanga Syariah dan Sivil. Dianjurkan oleh UKM, Bertempat di KIPSAS, 8&9 Ogos 2006. m. 11. [9] Seksyen 17(1), Akta Perbadanan Amanah Raya 1995. [10] Siti Mashitoh Mahamood, 2006, Kertas Kerja: Bidangkuasa Pentadbiran Pentadbiran Harta Pusaka di Malaysia: Perspektif Perundanga Syariah dan Sivil. Dianjurkan oleh UKM, Bertempat di KIPSAS, 8&9 Ogos 2006 m. 9. [11] Manual Procedure Duty, Section Distribution Estate, Ministry of Land and Cooperative Development, by Director General of Lands and Mines Department. Mac 1992. m. 5-6. [12] Supra. Nota 10. m. 8. [13] Seksyen 8(1), Akta Pentadbiran Pusaka Kecil ( Pembahagian) 1955. [14] n.a. 1998. “ Buku Panduan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil” Bahagian Pembahagian Pusaka , Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian. m. 35. [15] n.a. 1998. “ Buku Panduan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil” Bahagian Pembahagian Pusaka , Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian. m. 35. [16] n.a. 1998. “ Buku Panduan Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Kecil” Bahagian Pembahagian Pusaka , Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian. m. 36. [17] Radhiudin bin Hj. Said. Pegawai Pentadbir Pusaka ‘Pentadbiran pusaka kecil isu dan masalah’ (Temubual) 20 Julai 2007. [18] Ibid. [19] Ibid. [20] Ibid. [21] Ibid. [22] Ibid. [23] Ibid. [24] Hibah dari segi bahasa bermaksud mengalihkan atau memberi daripada perkataan habubah. Dari segi istilah bermaksud pemberian semasa hidup sesuatu harta alih atau tidak alih kepada penerima hibah secara sukarela di atas dasar kasih saying dan kemanusian tanpa mengharapkan balasan. [25] Supra. Nota. 17. [26] Ibid. [27] Ibid. |
Tuesday, January 29, 2008
pentadbiran pusaka kecil orang Islam
Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian Di Mahkamah Syariah
Memfailkan penyata tuntutan harta sepencarian di dalam borang yang ditetapkan.
Borang permohonan tersebut hendaklah mengandungi:
tarikh perkahwinan dan perceraian atau tarikh kematian salah satu pihak dalam tuntutan itu;
jenis harta yang dituntut sama ada harta alih atau tak alih; dan
setakat mana banyaknya sumbangan dalam pemilikan harta tersebut
Kemukakan bersama dengan permohonan tersebut :
salinan surat nikah;
salinan surat cerai;
salinan sijil kematian salah satu pihak dalam tuntutan itu (sekiranya berkaitan);
salinan sijil kelahiran anak/anak-anak;
dokumen-dokumen pembelian atau pemilikan harta/aset seperti tanah, rumah, kereta atausaham;
senarai saksi-saksi yang boleh menerangkan tentang bagaimana pemilikan
harta/aset itu sama ada berpunca dari hasil usaha si suami atau si isteri (sekiranya ada);dan
bukti tanggungan-tanggungan salah satu pihak seperti hutang piutang atau anak-anak dalam jagaan.
Mendapatkan tarikh sebutan kes daripada Pembantu Pendaftar/ Penolong Pendaftar/Pendaftar.
Menghadirkan diri pada tarikh sebutan kes.
Menghadirkan diri tanpa gagal perbicaraan kes (sekiranya ada).

harta sepencarian
HARTA SEPENCARIAN: STATUS DAN PROSEDUR SELEPAS KEMATIAN
ABSTRAK
Harta sepencarian merupakan satu isu yang bukan baru dalam konteks pemilikan harta di Malaysia. Ia diterima pakai sebagai sebahagian dari undang-undang Islam di Malaysia. Sejak tahun 1880-an lagi telah terdapat kes-kes yang telah dilaporkan dan masih lagi menjadi rujukan kepada kes-kes yang berlaku pada masa kini. Namun dalam konteks semasa isu harta sepencarian turut terpakai apabila berlakunya kematian salah seorang pasangan yang berkahwin. Kajian ini secara tidak langsung akan merungkai dengan lebih mendalam akan status harta sepencarian serta prosedurnya selepas kematian. Bagi maksud penulisan ini, penulis akan mengklarifikasikan sama ada harta sepencarian itu akan menjadi harta pusaka si mati dan diagihkan terus kepada waris-waris si mati atau ianya menjadi milik pasangan si mati sama ada suami atau isteri dan hendaklah ditentukan dahulu bahagian tersebut dan hanya bakinya sahaja yang akan diagihkan kepada waris sebagai pusaka. Beberapa cadangan untuk menjelaskan kepada masyarakat akan hak suami atau isteri terhadap harta sepencarian selepas berlakunya kematian. Penulis akan merujuk dan mengambilkira pelbagai pendapat melalui penafsiran Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (selangor) 2003, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (1984), Rang Undang-Undang Keluarga Islam Wilyah-Wilayah Persekutuan (2005) dan lain- lain.
1.0 DEFINISI HARTA SEPENCARIAN
Harta sepencarian adalah harta sama ada harta alih atau tidak alih diperoleh bersama ketika dalam perkahwinan yang sah, sama ada secara langsung atau sebaliknya dengan berlandaskan kepada hukum syarak. Harta sepencarian adalah merujuk kepada harta diperoleh bersama oleh suami isteri ketika perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat ditentukan hukum syarak. Harta sepencarian ini berperanan memastikan suami isteri mendapat hak masing-masing hasil daripada sumbangan mereka dalam rumah tangga selain memastikan kehidupan lebih sempurna dapat dikecapi terutama dalam keadaan isteri diceraikan suami. Ia merupakan penghargaan suami terhadap isteri atas sumbangan dicurahkan isteri dalam tempoh perkahwinan mereka.
Secara amnya, tuntutan untuk mendapatkan harta sepencarian berlandaskan kepada adat Melayu semata-mata. Tuntutan ini boleh dibuat hanya di Mahkamah Syariah saja. Suatu sumbangan terhadap harta perkahwinan dalam suatu perkahwinan itu juga, boleh dilihat menerusi sumbangan secara langsung atau tidak langsung. Sumbangan secara langsung adalah apabila suami dan isteri sama-sama bekerja atau berusaha bagi mendapatkan pemilikan sesuatu harta atau aset. Manakala, sumbangan secara tidak langsung adalah sumbangan dibuat pasangan suami isteri tanpa membabitkan sumbangan yang dapat dilihat secara hakiki seperti ketaatan seorang isteri menguruskan rumah tangga dan dorongan seorang isteri yang membolehkan suami berjaya di dalam kerjaya.
Menurut Kadi Besar Pulau Pinang Hj. Harussani bin Hj. Zakaria (pada masa itu) ketika memutuskan kes Piah bt. Said lwn Che Lah bin Awang (1983, Jld. 2 J.H.) harta sepencarian ditakrifkan: “Harta yang diperolehi bersama-sama suami isteri itu hidup bersama dan berusaha, sama ada keuda-dua pasanagan itu sama-sama bekerja dalam bidanag yang sama atau dalam bidang yang berlainan dan sama ada secara rasmi atau tidak rasmi sama ada dibahagikan tugas atau tidak”.
2.0 PENSYARIATAN HARTA SEPENCARIAN
Al-Quran mahupun Sunnah tidak menerangkan dalil khusus yang menerangkan kedudukan harta sepencarian dalam Islam. Namun, dalam surah an-Nisa ayat 32 menerangkan bahawa setiap lelaki dan wanita mempunyai bahagiannya di dalam apa yang mereka usahakan (merujuk kepada kepada perhubungan suami isteri di dalam perkahwinan).
{ولاتتمنوامافضل الله به بعضكم على بعضۚ للرجال نصيب مما اكتسبواۖ وللنساء نصيب مما اكتسبنۚ وسئلواالله من فضله ۗۗ إن الله كان بكل شىء عليما}
“Bagi lelaki satu bahagian dari apa yang telah mereka usahakan dan bagi perempuan–perempuan satu bahagian daripada apa yang telah mereka usahakan”.
Surah an-Nisa’:32
3.0 KAEDAH FIQH YANG DIGUNAPAKAI
Dalam perundangan Islam, apabila sesuatu adat atau uruf diakui kebaikannya dan diberi pengiktirafan undang-undang, maka ia bertukar menjadi suatu peraturan yang mesti diikuti. Sejarah perundangan menunjukkan bahawa Rasulullah SAW apabila berdepan dengan persoalan uruf, baginda mengambil sikap berbeza-beza antara satu adat dengan adat yang lain sama ada menerima adat atau menolaknya atau menerima dengan pindaan terhadap sesuatu adat itu sebelum ia menjadi suatu hukum. Perkara ini boleh dilihat dalam kaedah fiqh Islam yang ada seperti dalam Kitab al-Asbah Wa Al- Nazair yang mana ia termasuklah ‘al-Adah Muhakkamah’ yang bermaksud adat mengambil tempat hukum dan ‘Al-Makruf Bi Al-Urfi ka Al-Makruf bi Al-Nas’ yang bermaksud “sesuatu yang diterima mengikut adat samalah kedudukannya seperti dibuat mengikut nas”.
4.0 BIDANGKUASA MAHKAMAH
Di Malaysia, rujukan mengenai harta sepencarian ini boleh dilihat fatwa dikeluarkan di negeri Melayu selain di dalam kitab ulama yang ada. Di dalam sistem perundangan kita, kaedah mengenai harta sepencarian diadaptasikan daripada undang-undang Islam dan ia kini diiktiraf oleh undang-undang negara dan diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kini peruntukan harta sepencarian ada dinyatakan dalam semua Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri di Malaysia.
Dengan Perkembangan Undang- Undang yang berlaku pada hari ini harta sepencarian telah diperuntukkan secara bertulis di dalam seksyen 58;
“ Mahkamah adalah mempunyai kuasa, apabila membenarkan lafaz talak atau, apabila membuat suatu perintah penceraian, memerintahkan supaya apa-apa aset yang diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagi antara pihak-pihak itu”
Didalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri bagi Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa tuntutan harta sepencarian ini akan dibuat di Mahkamah Syariah bagi tuntutan yang melibatkan orang Islam.
Umumnya, sesuatu tuntutan harta sepencarian boleh dibuat di dalam beberapa keadaan iaitu apabila berlakunya cerai hidup, cerai mati (kematian) dan poligami. Hal ini dapat disimpulkan bahawa harta sepencarian sebenarnya merangkumi sesuatu harta yang diperolehi suami dan isteri menerusi usaha mereka bersama ketika perkahwinan.
Bahkan, ia juga termasuklah harta diperoleh suami menerusi usahanya sendiri ketika perkahwinan dengan sumbangan secara tidak langsung daripada isteri. Disamping itu, apa-apa hasil dan nilai tambahan daripada perkembangan menerusi usaha sendiri oleh pihak yang satu lagi kepada perkahwinan itu ataupun usaha bersama pasangan itu dalam perkara yang membabitkan apa-apa harta kepunyaan suami atau isteri sebelum perkahwinan atau apa-apa harta diperoleh isteri menerusi usahanya sendiri ketika perkahwinan atau apa-apa hadiah, pemberian (hibah), wasiat, sedekah atau harta pusaka diterima atau apa-apa harta lain diperoleh suami atau isteri sebelum atau ketika perkahwinan itu juga boleh dianggap sebagai harta sepencarian.
Ini bermakna suatu harta yang diperoleh isteri menerusi usahanya sendiri, walaupun di dalam tempoh perkahwinan maka ianya bukanlah suatu harta sepencarian. Bahkan, apa-apa bentuk sumbangan isteri di dalam menjaga keluarga atau urusan lain berhubungan dengan pemerolehan harta hendaklah dikira sebagai usaha bersama dan ia termasuklah di bawah takrifan harta sepencarian. Bagaimanapun, apa-apa sumbangan oleh suami dalam menunaikan kewajipannya menjaga keluarga dan rumah tangga seperti mana ditetapkan hukum syarak tidaklah dikira harta sepencarian kerana ia tidak dianggap usaha bersama pasangan suami isteri melainkan sekiranya sumbangan itu bukanlah kewajipannya sebagai seorang suami terhadap keluarganya yang mana sumbangan itu membawa kepada pemerolehan harta dengan ia dianggap harta sepencarian.
Walaubagaimanapun, suatu harta kepunyaan isteri atau suami sebelum perkahwinan, hadiah, pemberian (hibah), sedekah, harta pusaka diterima atau apa-apa harta lain diperoleh sama ada ketika perkahwinan atau sebelumnya juga tidak boleh dianggap sebagai harta sepencarian.
5.0 TUNTUTAN SELEPAS KEMATIAN
Namun, satu persoalan timbul iaitu adakah harta sepencarian ini boleh dituntut oleh mana-mana pihak seperti waris dan sebagainya selepas kematian sesuatu pihak?
Melalui nas yang telah dinyatakan di dalam Kitab Bughyah al-Mustarsyidin yang tersebut di atas ada menyatakan:-
أوموت" بينهما فرقة وحصلت "
Melalui nas ini jelas menunjukkan waris ada hak ke atas harta itu dan jika haknya
tidak diberi atau tidak mendapat apa-apa persetujuan, ianya boleh menuntut sekalipun selepas kematian salah satu pihak. Tuntutan seperti ini boleh dibuat ke
atas pihak yang masih hidup atau ke atas warisnya. Kerana hak seseorang itu tidak
gugur kecuali ianya memaafkan atau menolak haknya dan jika-hak itu masih wujud
akan berpindah kepada warisnya jika dia meninggal dunia.
5.0 ADAKAH HARTA SEPENCARIAN MERUPAKAN HARTA BERSAMA ATAU HARTA CAMPURAN?
Sekiranya kedua-dua suami isteri meninggal dunia tanpa meninggalkan anak dan harta yang dituntut sebagai harta sepencarian oleh keluarga kedua-dua pihak tersebut, adakah ianya merupakan harta sepencarian bersama atau campuran.
Pengunaan harta bersama di salam sebuah rumahtangga tertakluk kepada sejauh mana sikap terbuka pasangan tersebut. Pada asasnya, apa shaja yang ada di dalam sebuah rumah sesebuah keluarga adalah diperuntukkan oleh suami yang bertanggungjawab menyediakan nafkah termasuklah segala kelengkapan dan peralatan rumah yang seadanya menurut kemampuannya.
Namun begitu, didalam keadaan isteri sama-sama telah menyumbangkan wangnya bagi membeli harta atau peralatan rumah atau barang-barang itu dibawanya dari sebelum berkahwin, maka sudah terjadi keadaan di mana si suami kadang-kadang terdorong untuk sama-sama menggunakan harta berkenaan. Oleh yang demikian, didalam membahaskan harta bersama atau campuran ini di dalam konsep harta sepencarian,maka dapatlah disimpulkan bahawa pembahagian harta ini hendaklah berdasarkan kepada takat sumbangan pihak-pihak terhadap harta tersebut dengan mengambil kira pertimbangan-pertimbangan yang sewajarnya.
Telah diperuntukkan didalam Enakmen-enakmen Keluarga Islam bahawa mahkamah hanya mempunyai bidangkuasa membahagikan harta sepencarian sekiranya berlaku perceraian hidup sama ada perceraian dengan lafaz talak atau dengan lain-lain bentuk perceraian dengan perintah mahkamah. Sebaliknya, mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa membicarakan kes tuntutan harta sepencarian sekiranya perceraian itu berlaku kerana perceraian mati.
Walaubagaimana pun, terdapat kes-kes yang diputuskan oleh mahkamah bagi menuntut harta sepencarian selepas kematian suami atau isteri dimana Mahkamah Kadi Besar Kelantan memutuskan harta sepencarian boleh dituntut sekalipun perceraian berlaku disebabkan oleh perceraian mati. Hal ini dapat dilihat didalam kes Hajjah Saudah bt Che Mamat lwn. Hanafi bin Haji Daud dan Lain-lain dimana telah diputuskan bahawa tuntutan harta sepencarian selepas kematian telah di terima. Hal ini kerana, mahkamah berpendapat bahawa pekerjaan masing-masing suami isteri yang diakui oleh Rasulullah s.a.w sebagai tanggungjawab itu ada hubungan dengan apa yang didapati dari hasil pekerjaan suami atau isteri itu dan oleh kerana masing-masing sama ada dari pemberian orang lain atau dom, pesaka dan sebagainya
Oleh yang demikian, apabila dibuktikan bahawa sesuatu harta itu telah diperolehi bersama atau apabila pihak yang menuntut telah membantu mencari harta tersebut, undang-undang menetapkan bahawa harta itu sudah menjadi harta sepencarian, tidak kiralah sama ada tuntutannya dibuat setelah berlakunya cerai mati atau hidup.
Begitu juga dengan kes didalam kes Re Elang, Re Kulup Degor dan Lebar lwn Niat dimana Hakim E.N Taylor menyatakan bahawa di kampung-kampung yang terdapat di Sungai Perak mereka membahagi-bahagikan harta yang diperolehi dalam masa perkahwinan kepada pihak-pihak semasa perceraian atau ketika kematian mana-mana pihak. Sekiranya perempuan turut serta bercucuk tanam dia boleh menerima ½ dari harta dan jika tidak ianya akan menerima bahagian yang lebih kecil. Oleh itu, di dalam kes ini, diputuskan bahawa tuntutan itu dibuat setelah kematian suami.
Di Kelantan pula, bagi kes Hujah Lijah bte Jamal lwn Fatimah bte Mat Diah menerangkan tentang kes seorang balu menuntut setengah bahagian daripada tanah yang didaftarkan di dalam daftar mukim atas nama suaminya yang telah meninggal, sebagai harta sepencarian. Hal ini telah dibuktikan bahawa sebelum perkahwinannya itu dia (janda itu) ada memiliki tanah yang tertentu dan sebaliknya bagi suaminya dimana beliau tidak memiliki sebarang tanah. Walaubagimanapun, kedua-dua teman hidup ini telah mengerjakan dan mengusahakan tanah perempuan itu dan dari pendapatan daripada tanah itu mereka membeli tanah lagi dan sekali lagi tanah itu diusahakan oleh mereka berdua. Dalam hal ini, Hakim Brigss telah memberikan janda itu setengah bahagian daripada tanah itu sebagai harta sepencarian.
6.0 PEMBAHAGIAN HARTA SEPENCARIAN
Dalam menentukan pembahagian harta sepencarian, seseorang hakim patut menimbang secara adil dan saksama beberapa perkara, antaranya ialah sama ada harta yang diperolehi bersama itu benar-benar hasil usaha kedua-dua mereka atau sebaliknya. Jika ia hasil usaha kedua-dua berapakah kadar sumbangan setiap mereka. Jika harta itu diperolehi bersama tetapi sumbangan salah satu pihak lebih besar daripada sumbangan pihak yang lain penentuan kadar patut dibuat samaada 60% : 40%, 70% : 30% atau sebagainya.[1]
Oleh yang demikian harta sepencarian akan dikira berdasarkan takat sumbangan masing- masing. Sekiranya kedua- dua mereka saling menyumbang, harta sepencarian akan dibahagi samarata. Sekiranya salah seorang yang menyumbang dari harta yang diperolehi, ia akan dikira 2/3 daripada harta. Namun sekiranya, salah seorang dari mereka hanya menyumbang dari harta tersebut, 1/3 akan dibahagikan kepada salah seorang dari mereka yang tidak menyumbang harta tersebut.
7.0 PROSEDUR PENGHAKIMAN
Umumnya, tuntutan yang bersifat harta atau akad harta memerlukan dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki atau dua orang perempuan, sebagaimana yang telah diperjelaskan dalam surah al- baqarah ayat 282 iaitu;
{واستشهدوا شهيدين منرجالكم فإن لم يكونا رجلين فرجل وامرأتان ممن ترضون من الشهداء أن تضل إحدىهما فتذكر إحدهما الأخرى}[2]
“Hendaklah kamu meminta dua saksi lelaki dari kalangan kamu, andainya tidak terdapat dua lelaki memadai dengan satu lelaki dan dua perempuan.”
Surah al-baqarah 282:
Ini bermakna, sekurang-kurangnya percakapan itu mestilah diterima daripada dua orang yang adil yang mendengar ada pakatan untuk berusaha memperolehi harta semasa perkahwinan. Keterangan yang diberi meyakinkan mahkamah bahawa adanya perolehan dalam masa perkahwinan. Jika hakim yang membicarakan kes itu berpendapat keterangan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak mencapai tahap lebih kurang sama kuat, hakim tidak harus membuat keputusan. Sebaliknya, hakim patut mencari bukti sokongan untuk mencari hujah yang lebih kuat daripada kedua-dua pihak. Antaranya, melalui sumpah yang diminta oleh yang menuntut terhadap yang dituntutnya.
Dalam keadaan tertentu, ada keterangan yang cukup bagi pihak yang menuntut. Tetapi tuntutan itu dinafikan oleh yang dituntut dan ia diminta bersumpah, tetapi enggan berbuat demikian. Hakim tidak boleh membuat keputusan dengan keterangan itu.
Oleh yang demikian, hakim hendaklah memberitahu yang dituntut bahawa ia ada hak memulangkan sumpah kepada yang menuntut. Jika yang dituntut meminta berbuat demikian, yang menuntut wajib berbuat demikian untuk mendapat hak tuntutan.
Jika yang dituntut tidak hadir setelah diberitahu dengan secukupnya oleh mahkamah, tuntutan yang menuntut boleh dilayan dan segala keterangannya boleh didengar. Walau bagaimanapun satu keputusan untuknya tidak boleh dibuat kecuali selepas yang menuntut membuat sumpah, bahawasanya ia tidak menerimanya. Dan ia tidak sekali-kali melepaskan tuntutan atau hak sebahagiannya kepada yang dituntut( dalam tuntutan tanggungan) atau bahawasanya milik tetap ada padanya dan tidak sekali terluput darinya atau sebahagian daripadanya( dalam tuntutan sesuatu yang tetap).[3]
8.0 PENUTUP
Harta sepencarian merupakan harta yang diperolehi bersama oleh pasangan suami isteri semasa perkahwinan mereka. Harta sepencarian boleh dituntu sekiranya berlaku keadaan seperti selepas penceraian, selepas kematian, dan semasa poligami. Namun demikian, masalah harta sepencarian di antara suami dan isteri yang berlaku selepas kematian juga perlu dititik beratkan dan diselesaikan dengan cara yang adil dan saksama. Sebagaimana yang kita ketahui juga selepas berlakunya kematian pihak waris kepada si mati sama ada si mati lelaki atau wanita boleh menuntut harta sepencarian tersebut berdasarkan kepada prosedur- prosedur yang telah ditetapkan. Kadar pembahagian harta sepencarian berdasarkan takat mana sumbangan masing- masing sewaktu perkahwinan mereka dahulu. Hakim yang akan mempertimbangkan kadar dan bahagian harta sepencarian tersebut. Oleh yang demikian, dapat penulis simpulkan disini bahawa masalah harta sepencarian boleh di tuntut di Mahkamah Syariah yang di tadbir oleh Enakmen Undang- undang Keluarga Islam di setiap negeri.
[1] Ibrahim. Ahmad.1990. Undang-Undang Harta Dalam Islam.M.S 148-149.
[2] Al-Quran. Al-baqarah: 282.
[3] Ibrahim. Ahmad.1990. Undang-Undang Harta Dalam Islam. M.S 161.

Subscribe to:
Posts (Atom)